"SK Lenggong Cemerlang Di Hulu Perak menjelang 2010"
MISI SEKOLAH
"SK Lenggong Cemerlang Di Hulu Perak menjelang 2010"
MISI SEKOLAH
"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara"
SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN LENGGONG
Sekolah Kebangsaan Lenggong telah ditubuhkan pada sekitar tahun 1890 atas usaha penjajah Inggeris untuk memberi sedikit pelajaran kepada anak-anak melayu.
Sebuah bangunan berbentuk rumah kampung dijadikan tempat belajar. Guru Besar yang pertama ialah Cikgu Natsarah. Sambutan dari ibu bapa ketika itu menggalakkan. Bangunan sekolah kemudiannya diubahsuai dan dikenali sebagai Malay (Boys) School Lenggong.
Atas kesedaran ibu bapa terhadap pelajaran anak-anak perempuan telah mendorong penubuhan Malay (Girls) School pada 01 September 1900 dengan bilangan pelajarnya seramai 50 orang. Pelajaran ketika itu hanya menitikberatkan tulis-menulis dan membaca sahaja.
Murid-murid yang belajar di sekolah ini dihadkan umur mereka. Kelas yang tertinggi ialah Darjah IV. Pada tahun 1900 kelas Darjah V mula diperkenalkan. Lulusan Darjah V ketika itu telah layak menjadi guru pelatih di Maktab Perguruan Tanjung Malim, Maktab Perguruan Durian daun, Melaka dan Maktab Perguruan Matang. Maka ramailah pelajar-pelajar lepasan sekolah ini yang berjaya melanjutkan pelajaran ke maktab-maktab tersebut.
Selepas Perang Dunia Kedua, persekolahan menjadi terganggu oleh campur tangan Jepun di negara ini. Hanya selepas perang, kesedaran ibu bapa mula meningkat dan mendorong mereka menghantar anak-anak mereka belajar. Maka, kesedaran untuk bersekolah berlaku. Maka, kerajaan mengambil alih bangunan Kelab Hokkien Lenggong, Rumah Rehat Lenggong dan Rumah Orang Kaya-Kaya Seri Adika Raja Meor Yahya untuk dijadikan bilik darjah sementara.
Sekitar tahun 1948 sekolah ini mengandungi tiga bangunan yang berasingan iaitu Sekolah Lelaki, Sekolah Perempuan dan Sekolah Pusat dengan masing-masing mempunyai pentadbiran yang berasingan.
Dengan tertubuhnya Kelas darjah VII sebagai kelas tertinggi di Sekolah Melayu serta kadar bilangan murid bertambah dengan pesat telah mendorong kerajaan Inggeris ketika itu menubuhkan Sekolah Inggeris Kerajaan dikenali sebagai Government English School Lenggong pada tahun 1950.
Pada 13hb Jun 1954, bagi menampung keperluan murid lepasan Darjah VI, sebuah bangunan menempatkan Kelas Pertukangan kayu diadakan. Pada tahun 1957 pentadbiran Sekolah Lelaki dan Sekolah Perempuan dicantumkan dibawah satu pentadbiran seorang Guru Besar.
Kadar pertambahan bilangan murid yang pesat selaras dengan perkembangan pembangunan setempat telah membawa pembinaan kompleks baru bangunan sekolah di atas tanah seluas 6 ekar. Bagunan baru ini mula digunakan pada 23hb September 1976 dan dirasmikan oleh YB Menteri Pelajaran, Datuk Musa bin Hitam pada 27hb Oktober 1976 dengan Guru Besar ketika itu Cikgu Zakaria Bin Haji Mat Isa. Semenjak itu sekolah ini telah mencapai banyak perkembangan dan kemajuan yang boleh dibanggakan.
Sekolah Kebangsaan Lenggong turut menempatkan pelajar-pelajar dari Daerah Hulu Perak untuk mendiami asrama. Sebuah bangunan asrama telah dibina dan pengambilan pelajar bermula pada tahun 1987. Pada mulanya terdapat dua bangunan berasingan bagi menempatkan pelajar lelaki dan perempuan. Bagi pelajar lelaki, mereka ditempatkan di sebuah bangunan yang terletak di dalam kawasan sekolah dan berhampiran dengan blok kelas Tahun 2 dan 3. Manakala pelajar asrama puteri mendiami bangunan lama Sekolah Perempuan yang terletak agak jauh dan berasingan dari kawasan sekolah. Bagunan asrama ini terletak di dalam Kampung Sekolah Perempuan dan dikelilingi oleh penduduk kampong. Hal ini agak membimbangkan keselamatan pelajar dan menimbulkan rasa kurang selesa pelajar asrama.
Pada akhir November 2002 pembinaan asrama baru dimulakan. Ini menyebabkan asrama lelaki dirobohkan dan saiz
Semoga pembangunan yang disediakan dapat digunakan sepenuhnya oleh penduduk setempat dan seterusnya dapat mengharumkan lagi nama Sekolah Kebangsaan Lenggong.